Saturday, 4 January 2014

Indahnya Nikah Khitbah

Nikah gantung dalam bahasa arab "NIKAH KHITBAH" dan hukumnya adalah HARUS .
Nikah khitbah ini bermaksud , pasangan yang telah bernikah tetapi tidak duduk serumah dalam suatu tempoh yang ditetapkan diatas persetujuan kedua-dua belah pihak . Tanggungjawab suami yang sepatutnya memberi nafkah kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan .
Tapi ingat !!! nikah gantung atau nikah khitbah ini tetap di jalankan seperti nikah-nikah yang biasa ."Majlis Akad Nikah" harus diadakan seperti biasa bagi menghalalkan sesuatu perhubungan itu .
Syarat-syarat nikah khitbah sama je dengan nikah biasa :-
1) SUAMI
2) ISTERI
3) WALI
4) SAKSI
5) AKAD(iaitu ijab dan kabul)
6) MAS KAHWIN (untuk isteri)
Sweet Sangat Kalau Kahwin Awal .



Sebab-sebab nikah gantung dilakukan adalah :-
1) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti PAKAIAN , MAKAN , MINUM dan SEBAGAINYA .

2) Pasangan yang masih lagi belajar atau menuntut di universiti atau kolej .

3) Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga di dalam ruma tangga .

Tujuan utama 'Nikah Gantung' ini dilakukan adalah sebagai untuk mengelakkan maksiat daripada berlaku . Ia juga dapat mengelakkan terjadinya PENZINAAN dan ANAK LUAR NIKAH . Setelah melalui proses nikah gantung , mereka boleh bertemu , bercinta ,berdating dan bermesra . Malah jika melakukan hubungan persetubuhan juga tidak salah dan tidak haram jika terjadinya insan yang bernama ANAK . 

Anak yang dilahirkan itu berstatus "SAH" . 

Walaupun mereka nikah gantung , mereka adalah pasangan suami isteri yang "SAH" di sisi agama Islam dan Undang-Undang Kerajaan Islam .

*Sweetkan kalau kita dah nikah . Takyah takut-takut lagi nak buat dosa . Takyah takut-takut nak pegang anak dara orang . Betul tak ?

No comments:

Post a Comment