Friday, 26 December 2014

Impianku Dalam Imaginasi . . .

Assalamualaikum .

Lama tak menari dah jari-jari nie di atas keyboard . Bila ada idea , sibuklah jari nie nak menari-nari . . . Jangan kata menari mak yong , dangdut and rock semua ada . Okay . . . Hari nie nak cerita pasal impian yang selalu Cinta impikan . Tapi nie tak tahulah dapat or tak . Imaginasi Cinta nie kuat sangat . Sampai dalam kelas and dalam jamban pun boleh berkhayal . Hehehehee . . .   

Sejak dua menjak nie , Cinta rasa pelik sebab macam-macam jadi dalam sekelip mata . Hehehee . Tapi bukan tuhh yang Cinta nak cerita . Cinta nak cerita pasal apa yang Cinta nak sangat benda nie jadi . Tapi tak kisahlahh . Ada rezeki dapatlah , kalau tak ada rezeki maybe Allah dah aturkan apa yang terbaik buat Cinta .  


Haaaaaaa ! Kenapa ada gambar lelaki dari belakang kannnn ? Okayyy . Macam nie , Cinta tak tahu lagi siapa jodoh Cinta . Sampai suatu hari nanti kalau Cinta dah jumpa siapa jodoh Cinta tuhh , nanti baru Cinta letak siapa gerangan lelaki yang "bertuah" tuhh . Hehehee .

Baiklah . . . Cinta nie bukan jenis perempuan yang cerewet dalam memilih . Tapi ada jugak ciri-ciri yang perlu lelaki dekat luar sana penuhi . hehehee . Antaranya :

1. Tak merokok(penting)
2. Bijak dalam Agama 
3. Faham antara satu sama lain
4. Sayangkan Cinta dgn ikhlas 
5. Boleh terima Cinta yang kasar tapi hati lembut nie

Tengokkkk . . . Cinta tak memilih kannn  . . . . . Hehehee . 


Haaa . Nie pulak pasal cincin tunang . Kalau boleh Cinta nak lah jugak tunang and biar ikut adat sikit . Cinta nie tak cerewet sangat pun . tapi Cinta nak sangat cincin tunang yang macam dalam gambar tuhh ! Tak tahulah kenapa , tapi Cinta suka sangat cincin yang ada batu atas . And design dia sangat lah cantik . Siapalahhh yang sanggup layan Cinta punya angan-angan nie kan . But it's okayy . Nie angan-angan jer kannn . 

Cinta nie bukan lah perempuan yang terlalu lawa and tidak terlalu comel . Tapi ramai jugaklah orang cakap Cinta nie comel . Cinta pun tak tahu mana datang tang comel tuhh . Ada cakap datang dari lesung pipit Cinta . Cinta nie bukan hitam orangnya , tapi tak putih lahh . Maybe coklat-coklat . Hehee . Tinggi pun dalam 143cm . Berat ? Berat Cinta maybe bagi korang gemuk kot . Sebab Cinta nie rendah kann . Berat Cinta 43kg .


Bila tengok gambar nie rasa macam tak sabar pulak nak kahwin kann ? Teringan nak bakal mak mertua sarungkan cincin tunang kat jari manis Cinta nie . Auwwww ! So sweet baby . Kalau berangan pasal mak mertua nie payah tauu . Takut jugak dapat mak mertua yang terlalu baik . Yang terlalu kerek pun susah jugak , Kang itu tak boleh buat , ini tak boleh buat . Payah nak hidup cenggini . Hehehehee .



Hantaran Cinta tak nak mahal-mahal sangat . Sekadar cukup lepaskan kenduri kahwin tuh pun alhamdulillah . Cinta taknak buat vogue-vogue nie . Nanti membazir kann . So , dalam 15K or 16K cukup dah . Hehehee . Macam banyak jugakk . Tuhh list-list yang rasa penting masa Cinta kahwin nanti . Nie budget kahwin yerr bukan duit hantaran . Kalau duit hantaran mahal-mahal tapi apa pun tarak susah tau . Laki lari nanti . Hahahaa !


Dalam memikir-mikir pasal kahwin , hari ke hari makin cepat berlalu . Menunggu tarikh bagi seseorang yang bakal menjadi raja sehari nie memang nervous gilaa !
Walaupun hanya dalam angan-angan , tapi Cinta dah pikir semua dengan serious . Nampak nau gatal dia kann . Tapi tak der sape boleh halang angan-angan Cinta nie .  Wekk !  :P


Tuhh cincin nikah yang Cinta idam-idamkan selama nie . Ohhhh cantiknya awak sayanggg ! Will you be mine ? Ecececee . . . Hehehee . Siapalah lelaki yang akan menyarungkan cincin nie dekat jari Cinta eaa ? ? ? Cinta selalu bayangkan muka suami Cinta in future macam Brad Pitt . Hehehee . Demand kan ???


Ohhh sweetnyaa En. Suami sayaaa !

Time nie mesti terketar dahhh hidup . Gugur jantung tauuu . Tapi ada sedih gak sebab hidup dh bertukar kepada Puan . 
Kalaulah memang Brad Pitt yang datang minang Cinta , esok jugak kami kahwin . Hahahaa !

Okayy kalau cerita pasal baju pengantin pulak . Cinta suka colour yang gelap tapi lawa . Sebab Cinta nie kan tak putih , so bolehlahh melaram sikit time tuhh . Cinta minat baju pengantin yang ala-ala tradisional sikit . Baru nampak perempuan Melayu terakhir kan . Kahkahkah ! Make up pun Cinta nak yang natural beauty jerrr . Bedak kena tepek lebih sikit . Nak bagi nampak putih .

With my future <3

Last entry kali nie abouttttttttt . . . . . . . . . . . . PELAMIN !!! hahahaaha . Cinta nak pelamin Cinta macam nie suatu hari nanti . . . . .


Cantikkan ? Siapa yang taknak pelamin yang ala-ala English Rose nie ? Cinta nak sangat pelamin macam nie . Nak sangat ! Tapi maybe Cinta just boleh mimpi jerlah pelamin nie . Mesti mahal kann nak sewa . Cinta nie bukan anak PM or anak raja . 

P/S : Hope semua akan terhibur dengan entry kali nie . Angan-angan setiap wanita kan lain-lain , Daa ~ Love you . Assalamualaikum . Muahhh !

Wednesday, 29 January 2014

Harapan Buat Hawa

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta ,
Namun .. andai sampai saatnya itu ,
Capailah dengan kedua tanganmu ,
Dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya di hatinya ..

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah yang di tuturkan dari mulut ke mulut ,
Tetapi .. Cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dah suci jika manusia dapat menilai kesuciannya ..



Bagaimana kujelaskan cinta ...
Kerana itu tak dapat di jabarkan ...
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa ...
Dan rasa itu kurnia Illahi ...

Bagaimana kujelaskan cinta ...
Bila malu , selalu melandaku ...
Semua rasa itu , malu rasa bahagia ...
Takut dan cemburu pun kurnia Illahi ...

Dari sujud ke sujud ...
Sejuta doa ku lantun untuk cinta ...
Dalam hati anak-anak manusia hablumminannas ...

Tuesday, 28 January 2014

Surat Cinta Untuk Calon Suamiku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhh..

Kepadamu Wahai Calon Suamiku......

Apa khabarnya imanmu hari ini..? Sudahkah harimu dimulakan dengan syukur darimu kerana masih dapat melihat dunia yang indah ini..? Sudahkah air wudhu' menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tengah engkau genggam..? 

Wahai Calon Suamiku...

Tahukah engkau ,betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya..? Disini aku ditempa supaya menjadi lebih dewasa.. Agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak.. Meskipun , kadang keluh dan putus asa menyergapi.. Tapi kali ini kurasakan diri ini lebih baik.. Kadang aku tertanya-tanya mengapa Allah mengujiku tepat dihatiku.. Namu kini aku tahu jawapannya.. Allah tahu dimana tempat yang tepat agar aku sentiasa mengingati-Nya.. 

Bersabarlah wahai bakal imamku.. Doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai seorang bidadarimu yang sah dan solehah..


Saturday, 4 January 2014

Indahnya Nikah Khitbah

Nikah gantung dalam bahasa arab "NIKAH KHITBAH" dan hukumnya adalah HARUS .
Nikah khitbah ini bermaksud , pasangan yang telah bernikah tetapi tidak duduk serumah dalam suatu tempoh yang ditetapkan diatas persetujuan kedua-dua belah pihak . Tanggungjawab suami yang sepatutnya memberi nafkah kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan .
Tapi ingat !!! nikah gantung atau nikah khitbah ini tetap di jalankan seperti nikah-nikah yang biasa ."Majlis Akad Nikah" harus diadakan seperti biasa bagi menghalalkan sesuatu perhubungan itu .
Syarat-syarat nikah khitbah sama je dengan nikah biasa :-
1) SUAMI
2) ISTERI
3) WALI
4) SAKSI
5) AKAD(iaitu ijab dan kabul)
6) MAS KAHWIN (untuk isteri)
Sweet Sangat Kalau Kahwin Awal .



Sebab-sebab nikah gantung dilakukan adalah :-
1) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti PAKAIAN , MAKAN , MINUM dan SEBAGAINYA .

2) Pasangan yang masih lagi belajar atau menuntut di universiti atau kolej .

3) Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga di dalam ruma tangga .

Tujuan utama 'Nikah Gantung' ini dilakukan adalah sebagai untuk mengelakkan maksiat daripada berlaku . Ia juga dapat mengelakkan terjadinya PENZINAAN dan ANAK LUAR NIKAH . Setelah melalui proses nikah gantung , mereka boleh bertemu , bercinta ,berdating dan bermesra . Malah jika melakukan hubungan persetubuhan juga tidak salah dan tidak haram jika terjadinya insan yang bernama ANAK . 

Anak yang dilahirkan itu berstatus "SAH" . 

Walaupun mereka nikah gantung , mereka adalah pasangan suami isteri yang "SAH" di sisi agama Islam dan Undang-Undang Kerajaan Islam .

*Sweetkan kalau kita dah nikah . Takyah takut-takut lagi nak buat dosa . Takyah takut-takut nak pegang anak dara orang . Betul tak ?