Monday, 17 June 2013

Kesabaran Wanita Ada Batasnya Ye ! ! !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Disini saya ingin membincangkan tentang kesabaran seorang wanita..Wanita mempunyai sifat yang sabar yang kuat..Hati wanita sentiasa berkata "Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih"..

Airmata itu menghilangkan stress bagi seseorang wanita


Saat kita menempuh onak dan duri dunia,
Derita kadangkala mencuit hati,
Hati remuk menangis tidak henti,
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati..

Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi,
Dalam terharu,
Airmata tumpah juga,
Wahai hamba Ilahi,
Begitulah kehidupan di dunia..

Kita tidak akan sesekali menjangka,
Apa yang Allah aturkan untuk kita,
Adakalanya kita tersangat gembira,
Adakalanya kita tersangat kecewa,
Namun......

Jangan risau wahai bunga yang indah,
Allah itu Tuhan kita,
Tuhan yang Maha Luas Kasih Sayang,
Percayalah...
Allah tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya..

Tersenyum di sana,
Tertawa di sana,
Berbahagia di sana,
Insyallah di SYURGA..

Yang mengalir di bawahnya,
Sungai-sungai yang mendamaikan jiwa,
Oh indahnya...

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai..
Kecuali menerima kehendak Allah..

Wahai perhiasan dunia yang cantik,
Jangan bersedih..Kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin..
Dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun..
Pada keesokkan harinya.....

La Tahzan , Inallah Ma'ana


No comments:

Post a Comment