Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Andai lelaki tahu hati seorang wanita..
Selamilah perasaan ini..
Andai lelaki tahu apabila seorang wanita jatuh cinta..
Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya..
Tetapi lelaki itu adalah segalanya bagi dirinya..
Andainya lelaki tahu apabila seorang wanita itu mengalirkan airmatanya..
Itu bukan bermakna dia lemah..
Tetapi dia sedang mencari kekuatan..
Untuk terus tabah menyintai lelaki itu..
Andainya lelaki tahu apabila perempuan bercakap banyak..
Dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas..
Tapi dia mahu lelaki mengenalinya lebih rapat..
Andainya lelaki tahu apabila wanita ingin anda berubah..
Itu bukan bermakna dia tidak menerima anda seadanya..
Tetapi dia ingin anda menjadi yang terbaik untuk dirinya dan masa depannya..
Kadang-kadang dia terlalu risau kerana terlalu percaya..
Anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi..
Naluri kewanitaannya sangat kuat untuk lelaki..
Andai lelaki tahu apabila perempuan merajuk..
Jangan kata dia mengada-ngada..
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang atau harta benda..
Tetapi...cukup dengan perhatian dan membuat wanita rasa dihargai..
Andai lelaki tahu apabila perempuan mengatakan dia rindu pada kamu..
Dia benar-benar memaksudkannya..
Apabila berjauhan bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..
Andai lelaki tahu apabila perempuan memuji lelaki lain lebih baik dari kamu..
Jangan percaya kata-katanya..
Kerana dia hanya ingin melihat sejauh mana kamu sanggup jadi yang terbaik untuk dia..
Walaupun sebenarnya kamulah yang terbaik di matanya..
Ku hanya mahu , Kau memahamiku sebagaimana aku memahamimu....